Kompang
| Alat perkusi | |
|---|---|
| Pengelasan | Dram bingkai |
| Pengelasan Hornbostel-Sachs | 211.311 (Membranofon pukulan terus) |
Kompang (Jawi: کومڤڠ) ialah sejenis alat muzik tradisional berupa gegendang bagi masyarakat Melayu dalam kepulauan Nusantara. Selain itu, kompang juga kadangkala digunakan oleh suku Bajau di pesisir Sabah, Malaysia, meskipun tidak termasuk dalam tradisi asli mereka. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing betina, namun mutakhir ini, kulitnya juga diperbuat dari kulit lembu, kerbau malah getah sintetik.