Komnenos

Komnenos
Κομνηνός

Dinasti Komnenos
NegaraEmpayar Byzantium
Empayar Trebizond
Gelaran
* melalui perkahwinan
Diasaskanabad ke-10
1057 (sebagai keluarga diraja)
PengasasManuel Erotikos Komnenos
(pertama diketahui; mungkin pengasas)
Isaac I Komnenos
(maharaja pertama)
Pembubaran1719
Penggulingan1185 (Empayar Byzantium)
1461 (Empayar Trebizond)

Kerabat Komnenos (jamak: Komnenoi; Yunani: Κομνηνός, jamak Κομνηνοί, [komniˈni]), yang dilatinkan sebagai Comnenus (jamak Comneni), merupakan sebuah keluarga bangsawan Yunani Byzantium yang memerintah Empayar Byzantium pada abad ke-11 dan ke-12. Ahli pertama yang memerintah, Isaac I Komnenos, memerintah dari 1057 hingga 1059. Kerabat ini kembali berkuasa di bawah Alexios I Komnenos pada tahun 1081 yang mengukuhkan pemerintahan mereka selama 104 tahun seterusnya sehingga ia berakhir dengan Andronikos I Komnenos pada tahun 1185. Pada abad ke-13, mereka menubuhkan dan memerintah Empayar Trebizond, sebuah kerajaan sisa Byzantium dari 1204 hingga 1461. Pada masa itu, mereka sering digelarkan Komnenoi Agung (Μεγαλοκομνηνοί, Megalokomnenoi), gelaran yang digunakan secara rasmi oleh George Komnenos dan pewaris-pewarisnya. Melalui perkahwinan dengan keluarga bangsawan lain, terutamanya Doukas, Angelos, dan Palaiologos, nama Komnenos muncul di kalangan kebanyakan kerabat bangsawan besar pada penghujung hayat dunia Byzantium.