Komensalisme

Dalam ekologi, komensalisme ialah sekelas hubungan antara dua organisma yang melibatkan satu organisma mendapat faedah tanpa menjejaskan organisma lagi satu. Ini berbanding dengan kesalingan, yang melibatkan kedua-dua organisma mendapat faedah, amensalisme, yang melibatkan satu organisma disakiti sementara yang lagi satu tidak terjejas, dan parasitisme, yang melibatkan satu organisma mendapat faedah sementara yang lagi satu disakiti.