Koma (komet)
Koma ialah sampul nebula yang mengelilingi nukleus komet, terbentuk apabila komet berlalu menghampiri Matahari pada orbit bujurnya yang tinggi; apabila komet menjadi hangat, sebahagian daripadanya memejalwap. Ini memberikan komet satu penampilan yang "kabur" apabila dilihat melalui teleskop dan membezakannya dari bintang-bintang. Perkataan koma berasal daripada bahasa Yunani "kome" (κόμη), yang bererti "rambut" dan ia merupakan asal perkataan komet itu sendiri.
Koma biasanya dibuat daripada ais dan debu komet. Air menguasai sehingga 90% dari pemeruap yang keluar daripada nukleus ketika komet berada dalam 3-4 AU Matahari. Molekul induk H2O dimusnahkan terutamanya melalui fotopenceraian dan ke tahap yang lebih kecil fotopengionan. Angin suria memainkan peranan kecil dalam kemusnahan air berbanding fotokimia. Zarah-zarah debu yang lebih besar ditinggalkan bersama-sama laluan orbit komet manakala zarah-zarah yang lebih kecil ditolak jauh dari Matahari ke dalam ekor komet oleh tekanan cahaya.