Kolej Teknologi Bestari

Kolej Teknologi Bestari (KTB) ialah sebuah kolej di bawah PEYATIM yang terletak di Permaisuri, Setiu, Terengganu, Malaysia. Mohd Hafiz bin Sidik merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kolej kemahiran ini. Pada 17 Disember 2016, cawangan pertama KTB yang di bawah pimpinan Pengerusi Eksekutif, YM. Prof. Dato. Dr. Tengku Mahmud bin Tengku Mansor, telah dibuka di kawasan Taman Nirwana, Ampang iaitu KTB Ampang.