Kolej Perubatan Manipal Melaka
Melaka Manipal Medical College | |
| Moto | Dilhami oleh Nyawa |
|---|---|
| Jenis | Kolej Perubatan Swasta |
| Ditubuhkan pada | September 1997 |
| Presiden | Dr Ramdas Pai |
| Lokasi | Melaka , Malaysia, India |
| Kampus | Melaka (Malaysia), Manipal (India) |
| Laman sesawang | www.manipal.edu.my/melaka |
Kolej Perubatan Manipal Melaka ialah kolej swasta yang pertama di Malaysia yang menawarkan ijazah MBBS dalam bidang perubatan. Kolej ini yang terletak di Melaka merupakan sebuah usaha sama antara Malaysia dengan India.
Para pelajar menyertai 2.5 tahun kursus sains asas dan latihan klinikal pengenalan di kampus Manipal di Karnataka, India dan kemudian menyertai pendidikan perubatan dan latihan klinikal lanjut di kampus Melaka di Malaysia. Kolej Perubatan Manipal Melaka adalah salah satu kolej juzuk Universiti Manipal.