Kolej Islam Sultan Alam Shah
| Kolej Islam Sultan Alam Shah | |
|---|---|
| Alamat | |
| Kolej Islam Sultan Alam Shah, Jalan Kota Raja, 41906 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia Klang, Selangor Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Kluster, Sekolah Berprestasi Tinggi |
| Moto | Bersama Merangkul Keunggulan |
| Ditubuhkan | 1955 |
| Nombor sekolah | 03-33711658 |
| Kod sekolah | BRA0001 |
| Pengerusi PIBG | Ustaz Datuk Dr Hj Zahazan Mohamed (2024 - 2025) |
| Warna | Hijau & Kuning |
| Faks | 03-33721148 |
| Laman sesawang | http://kisas.edu.my |
Kolej Islam Sultan Alam Shah ialah sebuah sekolah berasrama penuh di Klang, Selangor, Malaysia. KISAS atau SASIC (Sultan Alam Shah Islamic College). KISAS kini memegang status Sekolah Berprestasi Tinggi sejak tahun 2010 (Kohort 1). KISAS mempunyai pelajar seramai hampir 800 orang yang berusia antara 16 hingga 19 tahun.
Sehingga kini, KISAS kekal sebagai satu-satunya Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang mengambil kemasukan pelajar bermula daripada tingkatan empat. Ramai tokoh intelektual, tokoh politik serta alim ulama telah dilahirkan oleh KISAS semenjak penubuhannya hampir enam dekad yang lalu. Diharapkan bahawa KISAS akan kekal sebagai SBP yang paling unggul yang pernah wujud dalam tamadun ini.