Kod bait Java
Kod bait Java ialah set arahan bagi mesin maya Java (JVM). Setiap arahan terdiri daripada opkod yang bersaiz satu bait dan mungkin diikuti oleh kendalian (operand). Tidak kesemua 256 opkod digunapakai, di mana 51 daripadanya disimpan untuk kengunaan masa depan dan 3 lagi disimpan secara kekal untuk digunakan oleh pelaksanaan JVM.