Koanoflagelat

Choanoflagellatea
Julat zaman: Fosil-fosil mungkin terjumpa hanya datang dari zaman Batu Kapur (Cenomanian/Turonian), bukti jam molekul untuk asal-usul 1050-800 Ma
Codosiga sp.
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Klad: Amorphea
Klad: Obazoa
(tanpa pangkat): Opisthokonta
(tanpa pangkat): Holozoa
(tanpa pangkat): Filozoa
(tanpa pangkat): Choanozoa
Kelas: Choanoflagellatea
Cavalier-Smith, 1998
Spesies jenis
Monosiga brevicollis
Order & keluarga
  • Craspedida
    • Codonosigidae
  • Acanthoecida
    • Stephanoecidae
    • Acanthoecidae

beradik: Metazoa

Sinonim
  • Craspedmonadina Stein, 1878
  • Choanoflagellata Kent, 1880
  • Craspedomonadaceae Senn, 1900
  • Craspedophyceae Chadefaud, 1960
  • Craspédomonadophycidées Bourrelly, 1968
  • Craspedomonadophyceae Hibberd, 1976
  • Choanomonadea Krylov et al., 1980
  • Choanoflagellida Levine et al., 1980, Lee et al., 1985
  • Choanoflagellea Cavalier-Smith, 1997
  • Choanomonada Adl et al. 2005

Koanoflagelat ialah sekelompok eukariot flagelat unisel dan kolonial yang hidup bebas dan dianggap sebagai saudara hidup yang terdekat bagi haiwan. Ia merupakan flagelat berkolar, mempunyai kolar berbentuk corong mikrovilus yang saling bersambung di pangkal flagelum. Koanoflagelat mampu pembiakan aseksual dan seksual. Ia mempunyai morfologi sel tersendiri yang dicirikan oleh badan sel ovoid atau sfera berdiameter 3-10 µm dengan satu flagel apikal yang dikelilingi oleh sekolar 30–40 mikrovilus (lihat rajah). Pergerakan flagelum menghasilkan arus air yang boleh mendorong koanoflagelat berenang bebas melalui kolum air dan menyedut bakteria dan detritus ke dalam kolar mikrovilus, di mana bahan makanannya ditelan. Pemakanan ini menjadikan hubungan kritikal dalam kitaran karbon global dengan menghubungkan antara tahap-tahap trofik. Di samping peranan ekologi kritikalnya, koanoflagelat sangat menarik minat ahli biologi evolusi yang mengkaji asal-usul multisel dalam haiwan. Sebagai saudara terdekat haiwan, koanoflagelat dijadikan model berguna untuk rekonstruksi leluhur unisel terakhir haiwan.