Klados
Klados (Bahasa Yunani Kuno: κλάδος, klados, "cabang") atau kladistik merupakan satu pendekatan kepada pengelasan yang mana perkara-perkara digolongkan dalam satu kumpulan berdasarkan ciri-ciri unik yang diturunkan oleh leluhur sepunya kumpulan itu tetapi tiada pada leluhur-leluhur yang lebih jauh. Oleh itu, ahli-ahli sekumpulan disangka berkongsi sejarah yang sama dan oleh itu dianggap rapat pertaliannya.
Kaedah yang asal untuk analisa klados dan aliran taksonomi terbitannya berasal dari karya ahli entomologi Jerman, Willi Hennig yang memanggilnya "sistematik filogenetik" (yang juga merupakan tajuk bukunya terbitan 1966); penggunaan istilah klados dan klad pula dilariskan oleh para penyelidik yang lain. Teknik-teknik dan nama-namanya berjaya diterapkan dalam bidang-bidang lain, cth. untuk menentukan hubungan antara saki-baki naskhah The Canterbury Tales, ataupun antara 53 naskhah Sanskrit Carakasaṃhitā Vimānasthāna.