Gisaeng

Gisaeng (Korea기생; Hanja妓生; RR: gisaeng; Jawi: كيسيڠ) atau ginyeo (Korea기녀; Hanja妓女; Jawi: كينيو), merupakan penghibur sah yang wujud sejak kerajaan Goryeo untuk berkhidmat kepada golongan tertentu seperti yangban dan raja-raja. Bahkan, mereka juga memberikan perkhidmatan seksual untuk golongan disebut ini.

Kebanyakan daripada mereka diambil kerja dalam istana raja, namun mereka turut didapati di serata negara. Mereka mendapat latihan terperinci dalam bidang tertentu seperti seni-seni halus, tembikar dan sastera; namun dipandang rendah akibat status sosial mereka. Golongan kisaeng ini memainkan peranan penting dalam pembentukan tanggapan masyarakat Korea mengenai budaya tradisi yang wujud dalam zaman Joseon.