Kirstin Maldonado

Kirstin Maldonado
Maldonado pada Ogos 2015
Kelahiran
Kirstin Taylor Maldonado

(1992-05-16) 16 Mei 1992
Fort Worth, Texas, A.S.
Nama lainkirstin™
PekerjaanPenyanyi
Tahun aktif2011–kini
Rakan kongsi domestikBen Hausdo
Kerjaya muzik
Genre
Alat muzikSuara
Syarikat rakamanRCA, Madison Gate
Kegiatan berkaitanPentatonix, Voctave
Laman web rasmikirstin.com

Kirstin Taylor "Kirstie" Maldonado (lahir 16 Mei 1992) ialah penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat, terkenal sebagai ahli kumpulan a cappella, Pentatonix. Bersama Pentatonix, Maldonado telah mengeluarkan tujuh album studio, memenangi tiga Anugerah Grammy, dan menjual lebih dari enam juta album. Maldonado memulakan kerjaya muzik solonya pada 19 Mei 2017, dengan lagu "Break a Little" menggunakan nama pentas Kirstin (ditulis menjadi kırstın™; ™ ialah singkatan dari "Taylor Maldonado," bukan trademark), dengan EP sulungnya yang berjudul L O V E dikeluarkan pada 14 Julai 2017. Maldonado membuat penampilan sulung opera Broadway pada 2018, melakonkan watak sebagai Lauren dalam drama Kinky Boots.