Kipang

Kipang [ki.pang] merupakan makanan khas Minangkabau, Sumatera Barat, Indonesia. Masyarakat setempat menjadikan kipang sebagai makanan turun-menurun dan snek harian. Bahan dasarnya adalah kacang tanah dan untuk perisanya adalah gula merah tebu yang menjadi pilihan. Apabila kesemua bahan sudah diaduk rata, kipang dimasukkan ke loyang dan dibekukan di peti ais.

Makanan ini dahulunya dibungkus dengan daun pisang atau kertas. Tetapi, kini zaman sudah berubah, kuih ini dibungkus dengan plastik.