Kintarō
Kintarō (金太郎, sering diterjemah sebagai "Budak Emas") merupakan hero cerita rakyat dalam kisah rakyat Jepun. Sebagai kanak-kanak dengan kuasa luar biasa, dia dibesarkan oleh Yama-uba (nenek kebayan) di Gunung Ashigara. Dia berkawan baik dengan haiwan di gunung, dan kemudian, selepas menangkap Shutendouji, pengganas di wilayah sekitar Gunung Ooe, dia menjadi pengikut taat pada Minamoto no Yorimitsu di bawah nama baru Sakata no Kintoki (坂田 金時). Dia merupakan watak popular dalam persembahan noh dan drama kabuki, dan adalah menjadi adat bagi meletakkan patung Kintarō pada Hari Kanak-kanak dengan harapan anak lelaki akan menjadi berani dan perkasa.
Kintarō kononnya berdasarkan kepada seorang lelaki yang sebenar, yang dinamakan Sakata Kintoki, yang hidup pada zaman Heian dan mungkin datang dari apa yang sekarang ini kota Minami-ashigara. Beliau berkhidmat sebagai suruhan bagi samurai Minamoto no Yorimitsu dan menjadi terkenal dengan kebolehan beliau sebagai seorang pejuang. Seperti ramai individu yang lebih besar daripada yang hidup, legenda beliau telah berkembang dengan masa.