Kincir angin

Kincir angin adalah alat jentera yang memanfaatkan kuasa tiupan angin dengan menukar kuasa tersebut kepada tenaga melalui putaran bilah atau layar terbina.

Pada asalnya, kincir angin dibangunkan untuk tujuan mengisar bijirin bagi penghasilan makanan; namun teknologi ini dilanjutkan kepada kegunaan pengilangan lain dari zaman ke zaman termasuk mengepam air atau sebagai penjana elektrik seperti pada rekaan turbin angin moden.