Kimberly Chuah

Kimberly Chuah
金佰利 蔡清莉
Kelahiran
Kimberly Chuah Ching Li

(2000-06-12) 12 Jun 2000
PekerjaanPelakon, pengacara, model, selebriti media sosial
Tahun aktif2020–kini

Kimberly Chuah Ching Li (Cina: 金佰利 蔡清莉; lahir 12 Jun 2000) ialah seorang pelakon, pengacara, model dan personaliti media sosial wanita Malaysia. Beliau mula mendapat perhatian selepas tular di aplikasi TikTok pada tahun 2021 kerana penguasaan dan kefasihannya berbahasa Melayu. Namanya semakin menyerlah selepas berjaya diterima sebagai peserta dalam pertandingan pencarian Dewi Remaja 2022, sehingga berjaya mendapat tempat ketiga di peringkat akhir.