Kilometer sifar

Di kebanyakan negara, kilometer sifar (juga ditulis 0 km) atau istilah sama dalam bahasa lain (juga dikenali sebagai kilometer kosong, penanda batu kosong, stesen kawalan atan titik kawalan) menunjukkan sesebuah lokasi khusus (biasanya terletak di ibu negara) dari sesuatu jarak yang diukur secara tradisional dan sebahagian negara menggunakannya sebagai lokasi atau koordinat rasmi sesebuah tempat bagi mempercepat pencarian di satelit angkasa. Ini juga digunakan untuk mengukur jarak antara sesebuah tempat dengan tempat yang lain. Secara sejarahnya, terdapat batu penanda pada kilometer sifar yang mana pemandu boleh menetapkan odometer mereka untuk mengikut arah pada awal buku panduan.

Salah satu penanda itu ialah Milliarium Aureum ("Golden Milestone") dari Empayar Rom, yang dipercayai sebagai asal literal bagi pepatah Inggeris bahawa "semua jalan menuju Rom".