Killswitch Engage

Killswitch Engage
Maklumat latar belakang
AsalWestfield (mul) , Amerika Syarikat
GenreMetalcore
Tahun aktif1999
DiskografiLihat: Killswitch Engage discography (en)
Syarikat rakamanRoadrunner Records (en)
Ferret Music (en)
Kegiatan berkaitanAftershock, Overcast, All That Remains, Shadows Fall, The Empire Shall Fall, Blood Has Been Shed, Times of Grace, Death Ray Vision, Seemless
AnggotaHoward Jones
Pautan berkaitan
Tapak sesawangkillswitchengage.com
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

Killswitch Engage adalah sebuah kugiran metalcore yang berasal dari Westfield, Massachusetts, Amerika Syarikat yang dibentukkan pada tahun 1999 selepas perpecahan kugiran Overcast dan Aftershock. Barisan Killswitch Engage kini terdiri daripada vokalis asal Jesse Leach, pemain bes Mike D'Antonio, pemain gitar Joel Stroetzel dan Adam Dutkiewicz, dan pemain dram Justin Foley. Mereka telah mengeluarkan 5 album studio dan satu DVD.

Killswitch Engage mencapai kemasyhuran dengan album 2004 mereka iaitu The End of Heartache, yang memuncak pada nombor 21 dalam carta Billboard 200, dan telah disahkan emas oleh RIAA pada bulan Disember 2007 untuk lebih 500,000 penghantaran di Amerika Syarikat. Judul lagu "The End of Heartache", telah dicalonkan untuk Anugerah Grammy pada tahun 2005 untuk Persembahan Metal Terbaik, dan DVD secara langsung bertajuk (Set This) World Ablaze telah dilancarkan pada tahun 2005. Killswitch Engage telah membuat persembahan di festival seperti Pesta Soundwave, Wacken Open Air, Pesta Reading dan Leeds, Ozzfest, Download Festival, Rock on the Range, Rock am Ring, Mayhem Festival, Monsters of Rock, Pointfest, Knotfest dan Heavy MTL. Mereka telah menjual lebih empat juta rekod di A.S. dan telah dianggap terkenal dalam Gelombang Baru Heavy Metal Amerika, dan juga telah dianggap sebagai salah satu kuasa peneraju terawal genre metalcore.