Khvicha Kvaratskhelia
|
Kvaratskhelia bersama Rubin Kazan pada tahun 2019 | |||
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Nama penuh | Khvicha Kvaratskhelia | ||
| Tarikh lahir | 12 Februari 2001 | ||
| Tempat lahir | Tbilisi, Georgia | ||
| Ketinggian | 1.83 m (6 ka 0 in) | ||
| Posisi permainan | Sayap | ||
| Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Napoli | ||
| Nombor | 77 | ||
| Kerjaya remaja | |||
| 2012–2017 | Dinamo Tbilisi | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 2017 | Dinamo Tbilisi | 4 | (1) |
| 2018–2019 | Rustavi | 18 | (3) |
| 2019 | → Lokomotiv Moscow (pinjaman) | 7 | (1) |
| 2019–2022 | Rubin Kazan | 69 | (23) |
| 2022 | Dinamo Batumi | 11 | (11) |
| 2022– | Napoli | 68 | (23) |
| Pasukan kebangsaan‡ | |||
| 2016–2018 | Georgia B-17 | 21 | (15) |
| 2017–2019 | Georgia B-19 | 7 | (15) |
| 2019 | Georgia B-21 | 2 | (1) |
| 2019– | Georgia | 31 | (15) |
|
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 23:32, 26 Mei 2024 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23:57, 18 Jun 2024 (UTC) | |||
Khvicha "Kvara" Kvaratskhelia (Bahasa Georgia: ხვიჩა კვარაცხელია; lahir 12 Februari 2001) ialah seorang pemain bola sepak profesional Georgia yang bermain sebagai pemain sayap untuk kelab Serie A, Napoli dan pasukan kebangsaan Georgia.
Kvaratskhelia memulakan kerjaya seniornya dengan bermain untuk Dinamo Tbilisi pada usia 16 tahun, sebelum berpindah ke Rustavi di mana dia menghabiskan setengah musim. Semasa tempoh tiga tahun beliau bersama Lokomotiv Moscow dan Rubin Kazan, Kvaratskhelia memenangi dua anugerah Pemain Muda Terbaik Liga Perdana Rusia berturut-turut. Selepas tempoh singkat di Dinamo Batumi, Kvaratskhelia menandatangani kontrak dengan Napoli pada 2022, dan pada musim sulungnya tersebut, dia membantu kelab itu mara ke suku akhir Liga Juara-Juara UEFA buat kali pertama, dan memenangi kejuaraan Serie A pertama dalam tempoh 33 tahun, Dia juga berakhir sebagai penyedia bantuan teratas liga. Ini menjadikan dia dinamakan sebagai Pemain Paling Berharga Serie A dan Pemain Muda Terbaik Liga Juara-Juara Musim tersebut.
Dianggap secara meluas sebagai salah seorang pemain Georgia terbaik sepanjang zaman, Kvaratskhelia memantapkan dirinya untuk Georgia dalam semua pasukan remaja kebangsaan, menjadi pemain utama di bawah pengurus yang berbeza. Dia kemudian menjadi sebahagian daripada pasukan senior selepas membuat penampilan sulung pada 2019, dan membantu Georgia layak ke UEFA Euro 2024, kejohanan antarabangsa utama yang pertama di negara itu.