Khoo Teck Puat
Khoo Teck Puat 邱德拔 | |
|---|---|
| Kelahiran | 13 Januari 1917 |
| Meninggal dunia | 21 Februari 2004 (umur 87) |
| Sebab kematian | Sakit jantung |
| Warganegara | Malaysia (1957–1981) Australia (1981–1994) Singapura (1994–2004) |
| Pendidikan | St Joseph's Institution |
| Terkenal kerana | Lelaki terkaya Singapura Dermawan; Pelarian dalam skandal perbankan Bank Negara Brunei. Bapa penerima Pingat Kebudayaan Eric Khoo |
| Nilai bersih | S$2.6 bilion (2004) |
| Pasangan | Tan Geok Yin (meninggal 1972) |
| Anak-anak | Khoo Bee See, Khoo Ban Hock, Khoo Bee Keng, Khoo Bee Leng, Khoo Ban Tian, Khoo Bee Lian, Khoo Bee Lay, Mavis Khoo, Margaret Khoo, Elizabeth Khoo, Linda Khoo, Jennifer Khoo, Jacqueline Khoo, Eric Khoo |
| Ibu bapa | Mr dan Mrs Khoo Yang Tin |
Tan Sri Khoo Teck Puat (Bahasa Cina: 邱德拔; pinyin: Qiū Débá; 13 Januari 1917–21 Februari 2004) ialah seorang ahli perbankan dan hartawan hotel kelahiran Malaysia, dengan anggaran hartanya sebanyak $4.3 bilion, juga ialah hartawan Singapura terkaya. Beliau memiliki perhotelan butik kumpulan Goodwood di London dan Singapura dan merupakan pemegang saham Standard Chartered Bank di Britain. Kekayaan hartanya datang daripada saham-saham bank Standard Chartered di Great Britain, yang mana beliau telah membelinya pada tahun 1980-an untuk membantu menggagalkan cadangan pemilikan Lloyds Bank yang mana kebanyakan pakar kewangan melihatnya sebagai satu permusuhan. Goodwood Park Hotel di Singapura, yang dibina pada tahun 1900, merupakan satu tempat bersejarah pada masa kini sedang melalui pemuliharaan.