Jah Mahadi

Jah Mahadi
Kelahiran
Khadijah binti Hodri

1938 (1938)
Meninggal dunia31 Mei 2001(2001-05-31) (umur 62–63)
Tampoi, Johor Bahru, Malaysia
Sebab kematianSakit kencing manis dan darah tinggi
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru
PekerjaanPelakon
Tahun aktif1959–1970
Terkenal keranaFilem Madu Tiga
PasanganHaji Mahadi

Jah Mahadi (Jawi: جه مهادي) atau nama sebenarnya Khadijah Hodri, merupakan seorang pelakon filem Melayu, terkenal bagi peranannya sebagai isteri kedua P. Ramlee dalam filem Madu Tiga. Dalam filem ini, babak pergaduhannya dengan madunya (isteri pertama), lakonan Zaharah Agus masih diingati. Dalam filem ini juga, Saloma menyanyi lagu cover "Keindahan Bintang Malam" yang asalnya dinyanyikan oleh Zaharah Agus. Dalam filem ini, lagu itu disingkatkan sebagai Bintang Malam. Lagu "Mat Lodeh" yang dipopularkan oleh Anita Sarawak juga pada asalnya dipersembahkan oleh Zaharah Agus. Versi cover oleh Anita pada tahun 1970-an dilakukan dengan lirik lain.

Jah Mahadi bersara terus dari dunia seni sebaik sahaja berakhirnya kegemilangan Studio Jalan Ampas. Ketika banyak pelakon pindah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan aktiviti lakonan, Allahyarham mengikut suami, pengarah Haji Mahadi ke Johor Bahru.