Khana Ratsadon
Khana Ratsadon คณะราษฎร | |
|---|---|
Hiasan peringatan Revolusi Siam 1932 di Dataran Istana Dusit | |
| Ketua tentera | Phraya Phahonphonphayuhasena |
| Ketua awam | Pridi Banomyong |
| Pengasas | Pridi Banomyong, Prayun Phamonmontri (mul) |
| Diasaskan | 5 Februari 1926 |
| Dibubarkan | 16 September 1957 |
| Ibu pejabat | Bangkok |
| Keanggotaan | 10,000 (1932) |
| Ideologi | Konstitusionalisme Nasionalisme |
| Kedudukan politik | sayap kanan tenda besar |
| Warna | |
| |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Khana Ratsadon (Bahasa Thai: คณะราษฎร, disebut [kʰā.náʔ râːt.sā.dɔ̄ːn]; "Badan Rakyat") merupakan suatu kelompok dan kemudiannya parti politik dianggotai pegawai-pegawai tentera dan awam yang menggulingkan kerajaan mutlak Raja Prajadhipok lalu menubuhkan kerajaan berperlembagaan pada 24 Jun 1932.
Kelompok ini mempunyai enam prinsip (Bahasa Thai: หลักหกประการ Lak-hok Prakan) yang didokong dalam perjuangan mereka:
- Mengekalkan kedaulatan (เอกราช, ekarâat) rakyat Thai
- Mengekalkan keselamatan negara (ปลอดภัยภาย, plòtpai)
- Mengekalkan kebajikan ekonomi (เศรษฐกิจ, settàkhìt) rakyat
- Mempertahankan kesaksamaan (เสมอภาค, samepak) semua rakyat di bawah undang-undang
- Mengekalkan hak dan kebebasan (เสรีภาพ seripâap) rakyat
- Memberikan pendidikan awam (การศึกษา, ganseuksaa) kepada seluruh rakyat Siam.