Khalid Mohamad Jiwa
Khalid Mohamad Jiwa SSAP, DSAP (Pahang) | |
|---|---|
| Kelahiran | Khalid bin Mohamad Jiwa 18 Februari 1959 |
| Terkenal kerana | Pengerusi SimplySiti |
| Pasangan | Datin Sri Tengku Zawiyah Tengku Izham (k. 1985; c. 2005) Dato' Sri Siti Nurhaliza Tarudin (k. 2006) |
| Anak-anak | Muhammad Anas Zawawi Khalid Muhammad Adib Khalid Muhammad Asyraf Khalid Muhammad Aazief Khalid Siti Aafiyah Khalid Muhammad Afwa Khalid |
| Ibu bapa | Mohamad Jiwa Abdullah (bapa) Siti Zainab Hanafi (ibu) |
| Keluarga | Zaiton Mohamad Jiwa (kakak) Zaini Mohamad Jiwa (kakak) |
| Hubungan | Dato' Seri Hishammuddin Hussein (besan) Izara Aishah Hisham (menantu) Tya Arifin (menantu) |
Dato’ Sri Haji Khalid bin Mohamad Jiwa (lahir 18 Februari 1959) ialah seorang usahawan Melayu di Malaysia. Dato' Sri Khalid adalah pengerusi syarikat kosmetik Malaysia, SimplySiti Sdn. Bhd dan pengasas Yayasan Nurjiwa. Dato’ Sri Khalid juga merupakan pengarah beberapa syarikat terkemuka di Malaysia. Beliau juga adalah suami kepada penyanyi terkemuka Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza.