Khidiw

Khidiw (Turki Uthmaniyah: الخدیوی hıdīv, Arab: خديوي, rumi: ḵudaywī) adalah gelaran yang pernah digunakan untuk sultan dan wazir besar Kerajaan Uthmaniyah terutamanya dalam kalangan penguasa kawasan taklukan Mesir, dari awalnya sebagai suatu eyalet 1805 lama-kelamaan menjadi suatu kawasan taklukan hingga 1914 dengan tergantinya suatu kerajaan naungan British bertuankan seorang sultan.

Gelaran ini serapan kata bahasa Parsi خدیو khidēv yang bermaksud "tuan" (master).