Keuskupan Miri

Keuskupan Miri

Dioecesis Miriensis
Pandangan hadapan Katedral St Joseph pada 2003
Lokasi
NegaraMalaysia
Wilayah gerejaKuching
MetropolitanKuching
Statistik
Kawasan42,235 km2 (16,307 bt2)
Jumlah
- Penduduk
- Katolik
(setakat 2013)
900,000
130,000 (14.4%%)
Paroki17
Maklumat
UpacaraUpacara Latin
KatedralKatedral St Joseph di Miri
Kepimpinan terkini
PausFrancis
UskupRichard Ng
Keusukupan Agung MetropolitanSimon Peter Poh Hoon Seng
Jeneral VikarFrancis Kuleh Usat
Uskup EmeritusAnthony Lee Kok Hin Uskup Emeritus (1977-2013)
Laman sesawang
www.miridiocese.org

Keuskupan Roman Katolik Miri (Lat: Dioecesis Mirensis; Bahasa Inggeris: Diocese of Miri) ialah keuskupan Upacara Latin Gereja Katolik Rom di Malaysia. Terletak di wilayah timur laut Keuskupan Agung Kuching, yang merupakan keuskupan sufragan.

Awalnya didirikan pada tahun 1959, sebagai Vikariat Apostolik Miri, keuskupan dibentuk dari Vikariat Kuching.

Sejarah bermula apabila kumpulan Misionari St. Joseph, lebih dikenali sebagai Misionari Mill Hill, mendirikan sekolah agama mereka di Claude Town, atau sekarang dikenali sebagai Marudi.

Uskup pertama untuk vikariat ini ialah Anthony Denis Galvin, seorang paderi Mill Hill yang dilantik oleh Paus John XXIII pada 5 Mei 1960. Selepas beliau meninggal dunia, Father Anthony Lee Kok Hin, seorang paderi tempatan, dilantik sebagai uskup pertama Keuskupan Miri selepas dinaiktaraf daripada status Vikariat pada tahun 1977.

Richard Ng adalah uskup terkini, dipilih sebagai uskup kedua pada tahun 2014 berikutan pengunduran Uskup Anthony Lee kerana usianya yang lanjut.