Ketuat kelamin

Ketuat kelamin
Nama lain
ketuat genital, kutil genital
Kes ketuat kelamin yang teruk di sekitar alat kelamin wanita
PengkhususanPenyakit berjangkit)
GejalaLesi kulit yang biasanya berwarna merah jambu dan menonjol ke luar
Permulaan biasa
1-8 bulan selepas pendedahan
PuncaHPV jenis 6 dan 11
Berdasarkan gejala, boleh disahkan oleh biopsi
moluskum kontagiosum, akrokordon, kondiloma latum, karsinoma sel skuamus
PencegahanVaksin HPV, kondom
RawatanUbatan, krioterapi, pembedahan
Rawatan perubatan
Podofilin, imiquimod, asid trikloroasetik
Kekerapan~1% (AS)
sunting

Ketuat kelamin atau ketuat genital ialah jangkitan seksual yang disebabkan oleh beberapa jenis papilomavirus manusia (HPV). Ia biasanya berwarna merah jambu dan menonjol keluar dari permukaan kulit. Biasanya ia menyebabkan sedikit simptom, tetapi kadangkala boleh menyakitkan. Biasanya ia muncul satu hingga lapan bulan selepas pendedahan. Ketuat adalah simptom jangkitan HPV kelamin yang paling mudah dikenali.

HPV jenis 6 dan 11 bertanggungjawab menyebabkan kebanyakan ketuat kelamin manakala HPV jenis 16, 18, 31, 33, dan 35 juga kadang-kadang ditemui. Ia merebak melalui sentuhan langsung kulit ke kulit, biasanya semasa hubungan seksual secara oral, alat kelamin atau dubur dengan pasangan yang dijangkiti. Diagnosis biasanya berdasarkan simptom dan boleh disahkan melalui biopsi. Jenis HPV yang menyebabkan kanser tidak sama dengan yang menyebabkan ketuat.