Ketoksikan oksigen
Ketoksikan oksigen atau keracunan oksigen ialah keadaan yang terhasil dari pernafasan molekul oksigen (O2) pada tekanan separa yang semakin meningkat.
Kes-kes yang teruk boleh menyebabkan kerosakan dan kematian sel, dengan kesan yang paling sering dilihat pada sistem saraf pusat, paru-paru dan mata. Keadaan ini menjadi suatu kebimbangan untuk penyelam bawah laut, individu yang terdedah kepada kepekatan oksigen tambahan yang tinggi (terutama bayi pramatang), dan mereka yang menjalani terapi oksigen hiperbarik.