Ketakbersuaraan

Tidak bersuara
◌̥
Pengekodan
Entiti (perpuluhan)̥
Unikod (heks)U+0325

Dalam linguistik, ketakbersuaraan ialah apabila bunyi disebutkan tanpa getaran larinks. Dari segi fonologi, ia sejenis fonasi, yang berbeza dengan keadaan laring yang lain, tetapi sesetengah berpendapat bahawa perkataan fonasi ertinya bersuara dan ketakbersuaraan ialah ketiadaan fonasi.

Abjad Fonetik Antarabangsa (AFA) mempunyai huruf yang berbeza untuk banyak pasangan konsonan yang tidak bersuara dan bersuara secara biasa (obstruen), seperti [p b], [t d], [k ɡ], [q ɢ], [f v], dan [s z]. Selain itu, terdapat juga diakritik untuk ketakbersuaraan, U+0325 ◌̥ COMBINING RING BELOW dan U+030A ◌̊ COMBINING RING ABOVE, yang digunakan untuk huruf dengan tangkai bawah. Diakritik biasanya digunakan dengan huruf bagi bunyi yang secara prototaip bersuara, seperti vokal dan konsonan sonoran: [ḁ], [l̥], [ŋ̊]. Dalam penggunaan AFA dalam bahasa Rusia, diakritik suara boleh diterbalikkan untuk menunjukkan ketidakbersuaraan, contohnya ⟨⟩.