Kesultanan Bulungan

Kesultanan Bulungan
كسولتانن بولوڠن
1731–1964
Bendera
Peta Kesultanan Bulungan (warna gelap teal) dan vassalnya (light teal) pada tahun 1849.
Ibu negaraTanjung Palas
Bahasa yang umum digunakanBulungan, Melayu, Bahasa Tausug (Suluk)
Agama
Islam (rasmi)
Bungan
Animisme
KerajaanMonarki
Sejarah 
• Didirikan
1731
• Peristiwa Bultiken
1964
Didahului oleh
Diganti oleh
Kesultanan Berau
Kesultanan Sulu
Indonesia
Sekarang sebahagian dari Indonesia Templat:Country data Indonesia Utara
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "year_event1"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "region"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox country with unknown parameter "continent"

Kesultanan Bulungan (Jawi: كسولتانن بولوڠ) atau Bulongan adalah sebuah kesultanan yang pernah menguasai wilayah pesisir Kabupaten Bulungan, Kabupaten Tana Tidung, Kabupaten Malinau, Kabupaten Nunukan, Kota Tarakan, yang pada masa itu meliputi seluruh wilayah yang kini meliputi wilayah Kalimantan Utara Indonesia, dan juga Tawau, Kalabakan, dan sebahagian Semporna Sabah, yang kini merupakan sebahagian dari negeri Sabah. Kesultanan ini diasaskan pada tahun 1731, dengan raja pertamanya bernama Wira Amir bergelar Amiril Mukminin (1731–1777), dan Raja Kesultanan Bulungan yang terakhir atau ke-13 adalah Datuk Tiras bernama Sultan Maulana Muhammad Djalalluddin (1931–1958). Negeri Bulungan (Negeri Merancang) bekas daerah milik Kesultanan Berau yang telah memisahkan diri sehingga dalam perjanjian Kesultanan Banjar dengan VOC-Belanda dianggap sebagai bahagian dari Kesultanan Berau (pada ketika itu sebuah bekas vasal Banjar yang diserahkan kepada VOC-Belanda). Pada pembentukannya sehingga tahun 1850, Bulungan berada di bawah dominasi Kesultanan Sulu.