Keseganan silara

Keseganan silara atau ruang antara silara (bahasa Inggeris: crown shyness, atau ruang antara sudur (bahasa Inggeris: canopy shyness), atau corak susun suai) ialah fenomena yang diperhatikan pada sesetengah spesies pokok, di mana silara pokok yang penuh tersimpan tidak menyentuh satu sama lain, membentuk sudur dengan celah seperti saluran. Fenomena ini paling umum berlaku dalam kalangan pokok yang sama spesies tetapi turut berlaku pada pokok yang berlainan spesies. Ada terdapat banyak andaian tentang mengapa ruang antara silara menjadi satu kelakuan penyesuaian, dan kajian mencadangkan yang ia agaknya dapat menghalang penyebaran larva serangga pemakan daun.