Kesedaran kendiri
Dalam konteks falsafah, kesedaran kendiri atau kesedaran diri ialah suatu keadaan kesedaran dan refleksi terhadap personaliti diri sendiri atau secara individu, termasuk trait, perasaan, dan tingkah laku.. Kesedaran kendiri tidak boleh dikelirukan dengan kesedaran (consciousness) dalam erti kata kualia. Walaupun kesedaran ialah keadaan seseorang menyedari badan dan persekitarannya, kesedaran kendiri merupakan pengiktirafan kesedaran itu. Kesedaran kendiri ialah bagaimana seseorang individu melalui pengalamannya dan memahami watak, perasaan, motif, dan desakan mereka sendiri.