Kesatuan Berbasikal Antarabangsa

Kesatuan Berbasikal Antarabangsa
كساتوان برباسيكل انتارابڠسا
Union cycliste internationale
Kerangka
KependekanUCI
Jenis/bentuk sahPersekutuan sukan bagi lumba basikal
Anggota bagiPersatuan Global Persekutuan Sukan Antarabangsa, Persatuan Persekutuan Antarabangsa Sukan Olimpik Musim Panas 
Tapak webwww.uci.org 
Sejarah
PendahuluInternational Cycling Association 
Ditubuhkan14 April 1900 (1900-04-14) di 
Pengurusan
PengerusiDavid Lappartient 
PresidenDavid Lappartient
Organisasi utamaKongres
GabunganJawatankuasa Olimpik Antarabangsa
Lokasi
Ibu pejabat Aigle, Switzerland
Koordinat46°19′5.81″N 6°56′0.74″E 
Kawasan perkhidmatanSeluruh dunia
sunting · sunting di Wikidata

Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) merupakan badan pentadbir dunia untuk sukan lumba basikal dan menyelia acara berbasikal kompetitif antarabangsa. Badan ini berpusat di Aigle, Switzerland.

UCI mengeluarkan lesen perlumbaan kepada penunggang dan menguatkuasakan peraturan tatatertib, seperti dalam hal salah guna dadah. UCI juga menguruskan pengelasan perlumbaan dan sistem kedudukan mata dalam pelbagai disiplin berbasikal termasuklah lumba basikal jalan raya dan trek, lumba basikal gunung dan BMX, untuk kedua-dua lelaki dan wanita, amatur dan profesional. Badan ini juga menyelia Kejohanan Dunia.

Selepas pencerobohan Rusia ke atas Ukraine pada 2022, UCI berkata bahawa pasukan Rusia dan Belarus dilarang bertanding dalam acara antarabangsa. Badan tersebut juga melucutkan kedua-dua Rusia dan Belarus daripada acara yang dijadualkan.