Kesan pertentangan
Kesan pertentangan (Jawi: كسن ڤرتنتڠن; atau juga dikenali sebagai pusuan pertentangan atau kesan Seeliger) merupakan pencerahan pada suatu permukaan kasar atau pada suatu objek yang mempunyai banyak zarah, apabila ia diterangi secara langsung di belakang pemerhati. Istilah ini banyak digunakan dalam bidang ilmu falak, di mana secara umumnya ia merujuk kepada peningkatan ketara secara tiba-tiba dalam pencerahan jasad cakerawala seperti planet, bulan atau komet apabila fasa sudut pemerhatian menghampiri sifar. Ia dinamakan sedemikian kerana cahaya pantulan dari Bulan dan Marikh secara signifikannya muncul lebih cerah daripada yang diramalkan apabila ia berada dipada kedudukan istiqbal. Dua mekanisme fizikal telah dicadangkan untuk fenomena pemerhatian ini iaitu penyembunyian bayangan dan sebar balik koheren.