Kertas Putih 1939
Kertas Putih 1939, yang juga dikenali sebagai Kertas Putih MacDonald sesuai dengan nama Malcolm MacDonald, Setiausaha Tanah Jajahan United Kingdom yang memimpin penulisannya, adalah sebuah dokumen yang berisi kebijaksanaan yang diterbitkan oleh kerajaan United Kingdom di bawah Arthur Neville Chamberlain yang memutuskan untuk meninggalkan gagasan tentang pembahagian Mandat British atas Palestin, dan sebaliknya membentuk Palestin yang merdeka yang diperintahkan bersama-sama oleh orang-orang Arab dan Yahudi.