Kereta swapandu
Kereta swapandu atau kenderaan autonomi (autonomous vehicle; disingkatkan kepada AV atau auto) adalah kenderaan yang mampu mengesan persekitarannya dan bergerak selamat kurang atau tanpa masukan perintah dari manusia yang menumpangnya. Pengesanan ini dilakukan melalui suatu tatacara menggabungkan pelbagai jenis penderia seperti radar, lidar, sonar, GPS, odometri dan unit pengukuran inersia. Sistem kawalan yang lebih terkembang maju mentafsirkan maklumat deria untuk mengenal pasti laluan navigasi yang sesuai serta melepasi halangan dan papan tanda yang cocok dipatuhi.
Teknologi ini giat dikaji kerana potensi sistem ini mendatangkan manfaat keselamatan dan kecekapan berbanding pengenderaan biasa serta penerapannya dalam bidang tertentu seperti pengangkutan awam.