T-72

T-72
T-72 di Muzium Kereta Kebal Worthington, Pangkalan Angkatan Tentera Kanada Borden
JenisKereta kebal utama
Tempat asalKesatuan Soviet
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1973–kini
Digunakan olehBerbilang negara
Sejarah pengeluaran
PerekaKartsev-Venediktov
Direka1967–73
PengeluarUralvagonzavod
Kos unitAnggaran kos 0.5-1.2 juta dollar amerika
Dihasilkan1971–kini
Jumlah dibina25,000+
AnekaT-72Ural (1973)

T-72A (1979) T-72M (Model eksport untuk model T-72Ural)

T-72B T-72B3 (2011)

T-72B3M (2016)
Spesifikasi
Berat41.0 tan (T-72Ural)

41.5 tan (T-72A) 44.5 tan (T-72B)

46.0 tan (T-72B3)
Panjang9.53 m
Lebar3.59 m
Tinggi2.23 m
Krew3

ArmorKomposit keluli dan teras kuarza Komposit Keluli, plet refleksi dan perisai reaktif meletup untuk model T-72B dan seterusnya

T-72 adalah sebuah Kereta Kebal Utama buatan Kesatuan Soviet yang dikeluarkan sejak tahun 1971. Kereta kebal ini merupakan hasil dari pembangunan lanjut yang dilakukan ke atas kereta kebal T-62. Kereta kebal T-90 pula merupakan terbitan hasil pembangunan yang berterusan ke atas T-72. Baru-baru ini, reputasi T-72 tercalar ekoran keupayaannya yang mengecewakan semasa dalam pertempuran menentang kereta-kereta kebal moden buatan Barat seperti M1 Abrams dan Challenger 1 dalam Perang Teluk. Walaupun begitu, kekurangan latihan yang diberikan kepada krew kereta kebal T-72 juga harus diambil kira.