Kereta elektrik
Kereta elektrik (Jawi: كريتا ايلكتريک) ialah kereta yang digerakkan oleh satu atau lebih motor elektrik dengan menggunakan tenaga yang disimpan dalam bateri. Bateri tersebut boleh diisi semula di stesen pengecas yang boleh dipasang di rumah atau tempat awam. Kenderaan elektrik juga lebih senyap dan cekap bagi menggerakkan kenderaan berbanding enjin pembakaran dalam.
Kereta elektrik moden
Nissan Leaf
Renault Zoe
BMW i3 sedang diisi semula
Tesla Model 3
Jaguar I-Pace
Beberapa buah negara telah memberikan insentif untuk pemilik kereta elektrik seperti subsidi dan kredit cukai untuk mengalakkan pemilikan kereta elektrik.