Kerajaan New Zealand

Kerajaan New Zealand
Government of New Zealand
Te Kāwanatanga o Aotearoa
Gambaran keseluruhan
Pembentukan1856 (kerajaan bertanggungjawab)
NegaraNew Zealand
Bidang kuasaNew Zealand 
Laman sesawangbeehive.govt.nz
KetuaPerdana Menteri
Dilantik olehGabenor Jeneral
Ibu pejabatBeehive,
Jalan Molesworth, Wellington
Alat utamaKabinet
Bertanggungjawab kepadaDewan Perwakilan
sunting · sunting di Wikidata

Templat:Politics of New Zealand

Kerajaan New Zealand (bahasa Inggeris: Government of New Zealand atau New Zealand Government; Bahasa Māori: [Te Kāwanatanga o Aotearoa] Error: {{Lang}}: text has italic markup (help)) (dalam istiadat dirujuk sebagai Her Majesty's Government in New Zealand yang bermaksud Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di New Zealand di Mohor New Zealand) ialah kompleks tadbir yang kuasa digunakan di New Zealand. Seperti dalam kebanyakan demokrasi berparlimen, istilah "Kerajaan" merujuk terutamanya kepada cabang eksekutif, dan lebih khusus kepada kementerian kolektif mengarahkan eksecutif. Berdasakan prinsip kerajaan bertanggungjawab, ia beroperasi dalam rangka kerja bahawa "Ratu berkuasa, tetapi kerajaan memerintah, selagi ia ada sokongan Dewan Perwakilan".

Kuasa eksekutif digunakan oleh Perdana Menteri dan menteri kabinet, kesemuanya berseumpah kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk menjadi menteri Mahkota dan bertanggungjawab dengan badan perundangan yang dipilih, Dewan Perwakilan. Kedudukan Perdana Menteri, ketua kerajaan New Zealand, milik orang yang mendapat sokongan daripada lebih suara ahli dalam Dewan Perwakilan. Pada praktiknya, Perdana Menteri ditentukan mengikut saiz setiap parti politik, menyokong perjanjian antara parti dan undian kepimpinan dalam parti yang memimpin Kerajaan.

Perdana Menteri dan Kabinet dilantik secara rasmi oleh Gabenor Jeneral (wakil wizurai Ratu di New Zealand). Pada praktiknya, Gabenor Jeneral bertindak atas nasihat Perdana Menteri dalam melantik menteri. Menteri Kabinet ditarik daripada menteri dipilih daripada parti Perdana Menteri dalam Dewan Perwakilan. Beberapa lagi menteri (kebiasaannya muda atau sokongan) sebahagian daripada Majlis Mesyuarat Kerajaan tetapi di luar Kabinet. Kebanyakan menteri ada portfolio tanggungjawab khusus seperti jabatan atau kawasan dasar, walaupun menteri tanpa portfolio kadangkala dilantik.