Campa
Kerajaan Campa Campadesa | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 192–1832 | |||||||
| Ibu negara | Simhapura (605–757) Virapura (757–875) Indrapura (875–982) Vijaya (982–1471) Kauthara polity (757–1653) Panduranga polity (1471–1832) | ||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Cam , Bahasa Sanskrit , Melayu | ||||||
| Agama | Kepercayaan Cam, Hinduisme dan Buddhisme, kemudian Islam | ||||||
| Kerajaan | Monarki Mutlak | ||||||
| Sejarah | |||||||
• Didirikan | 192 | ||||||
• Panduranga diduduki oleh Nguyễn Vietnam. | 1832 | ||||||
| |||||||
Kerajaan Champa (Cam: ꨌꩌꨛꨩ; Jawi: چمڤا; Khmer: ចាម្ប៉ា; Vietnam: Chăm Pa 占婆 atau Chiêm Thành 占城 dalam rekod Hán Việt) atau Cepa (Jawi: چڤا) merupakan kerajaan bangsa Cham yang merangkumi kawasan tengah dan selatan Vietnam moden antara abad ke-7 hingga 1832.
Kerajaan Champa ditadbir oleh 14 dinasti. Nama Champa telah wujud sejak 658M dalam satu prasasti Sanskrit yang dijumpai di selatan Vietnam Tengah sekarang. Mengikut sumber Sanskrit, Champa diterajui Bhadravarnom. Kerajaan Champa mendapat pengaruh China pada akhir kurun ke-13 dan pengaruh ini telah lenyap pada kurun ke-15. Kerajaan ini telah diasaskan oleh Chu Lien. Pelabuhan terkenalnya, Inderapura dan terdapat pegawai pemungut cukai dalam pentadbirannya. Kerajaan Champa dipengaruhi agama Hindu.
Rekod terawal tentang negara kaum yang didirikan oleh kaum Cam, terdapat dalam manuskrip-manuskrip China yang dicatat oleh dua orang wakil Maharaja Wu, bernama Kang Thai dan Zhu Ying, bertarikh pertengahan abad ke-3 Masihi. Rekod itu adalah keterangan tentang Kerajaan Funan dan dinyatakan bahawa 'Kerajaan Funan terletak lebih dari 3000 li3 ke barat Negara Lin Yi'.
Kerajaan ini yang di gelar oleh pengkaji sejarah sebagai Campa dikenali di kalangan orang China sebagai Lin Yi (yang Bermakna 'hutan yang penuh dengan keganasan'); dan Lâm Ấp, Hoàn Vương, dan Chiêm Thành oleh orang-orang Vietnam. Adalah dipercayai bahawa kerajaan ini wujud semenjak tahun 192M di bawah pemerintahan raja Hindu bernama Sri Mara. Pengkaji sejarah menganggap Lin Yi yang dikenali juga sebagai Indrapura atau Angadvipa, sebagai negara Campa yang terawal.