Kerajaan Bosnia

Kerajaan Beraja Bosnia
Bosansko kraljevstvo
1377–1463
Jata
Perluasan wilayah Bosnia pada Zaman Pertengahan
Ibu negaraVisoko
Jajce
Bobovac
Agama
Gereja Bosnia, Katolik Rom, Ortodoks Timur
KerajaanMonarki feudal
Raja 
• 1377–1391
Tvrtko I (pertama)
• 1461–1463
Stephen Tomašević (terakhir)
Era SejarahZaman Pertengahan
26 Oktober 1377
• Penaklukan Uthmaniyyah
5 Jun 1463
Kod ISO 3166BA
Didahului oleh
Diganti oleh
Banate Bosnia
Eyalet Bosnia

Kerajaan Beraja Bosnia (Serbo-Croatia: Bosansko kraljevstvo, Босанско краљевство) adalah sebuah kerajaan pada Zaman Pertengahan yang bermula dengan Banate Bosnia (1154–1377). Bosnia menikmati kemerdekaan de facto sehingga kurun ke-13 dan ke-14 meskipun menjadi sebahagian daripada Wilayah Takhta Hungary. Keadaan muka bumi yang sukar dan terasing membolehkan penduduk Bosnia melepaskan diri daripada dua buah jirannya yang berkuasa iaitu Hungary dan Serbia. Beberapa para pemerintah yang berkaliber membenarkan Bosnia bermain peranan sebagai kuasa setempat untuk jangka masa yang pendek pada kurun ke-14. Selepas tahun 1290, Bosnia memperolehi kemerdekaan secara maya daripada Hungary dan memperolehi wilayah yang luas di Dalmatia daripada Serbia. Raja Tvrtko I (r. 1353–91) memperolehi sebahagian kawasan barat Serbia dan kebanyakan pantai Adriatic, di selatan sungai Neretva: pada waktu-waktu terakhir pemerintahan beliau. Bosnia menjadi kuasa terkuat buat waktu singkat di Semenanjung Balkan. Bagaimanapun, perpecahan kepada kuasa feudal berlaku di Bosnia, dan selepas kematian beliau, Bosnia hilang kepentingannya. Empayar Uthmaniyyah mengilhak sebahagian timur Bosnia pada tahun 1440-an dan 1450-an, dan terus berusaha untuk menakluk Herzegovina sehingga kubu pertahanan terakhir jatuh pada tahun 1481.