Kerabat Babenberg

Kerabat Babenberg merupakan keluarga bangsawan yang memerintah Austria bermula tahun 976 sehingga 1246. Keluarga ini berasal daripada Bamberg di Franconia yang kini terletak di Bavaria. Mereka merupakan golongan count, margrave, dan duke di wilayah Danube yang kini terletak di Austria Hulu, Austria Hilir, dan Styria.