Kepulauan Zanzibar

Kepulauan Zanzibar
Nama tempatan:
Funguvisiwa la Zanzibar
Kedudukan Kepulauan Zanzibar di Tanzania
Geography
LokasiLautan Hindi
Koordinat5°41′0″S 39°32′0″E / 5.68333°S 39.53333°E / -5.68333; 39.53333
Pentadbiran
KawasanZanzibar, Kawasan Pwani
Capital and largest Bandar terbesarZanzibar City (pop. 205,870)

Kepulauan Zanzibar (Swahili: Funguvisiwa la Zanzibar, Arab: أرخبيل زنجبار‎) ialah sekumpulan pulau yang terletak di kawasan pesisir Tanzania, Afrika Timur dan berkedudukan di selatan Laut Somali. Kepulauan ini terdiri daripada empat buah pulau utama, tiga daripadanya berpenghuni manakala sebuah pulau lagi dijadikan sebagai pulau terumbu karang, dan sebilangan pulau-pulau kecil. Kepulauan ini juga dikenali sebagai "Kepulauan Rempah" memandangkan masayarakat yang menghuni kepulauan ini banyak menanam rempah ratus seperti lada hitam dan kayu manis.

Kebanyakan daripada pulau-pulau ini tertakluk kepada pemerintahan wilayah separa autonomi Zanzibar di Tanzania, tetapi salah satu pulau utama, Pulau Mafia tertakluk kepada pemerintahan kawasan Pwani yang mentadbir dari tanah besar Tanzania (Tanganyika).