Keplastikan fenotip
Keplastikan fenotip merujuk pada kemampuan suatu organisme untuk mengubah fenotipnya sebagai tanggapan terhadap perubahan persekitaran yang dihadapi. Kemampuan perubahan ini mencakupi segala aspek biologi yang dapat dipengaruhi persekitaran termasuk morfologi, fisiologi, perilaku, serta fenologi, yang dapat bersifat kekal sepanjang hidup selanjutnya atau tidak. Istilah ini disematkan semula pada perubahan perwatakan morfologi, namun kini diperluaskan ke segala aspek perwatakan, termasuk yang menjadi akibat dari aklimasi atau pembelajaran. Perubahan keplastikan biasanya berterusan dan bertahap. Apabila perubahan akibat persekitaran berperilaku diskret, disebut dengan istilah polifenisme.