Keperluan
Keperluan (juga di Ind.: kebutuhan, lihat etimologi) adalah segala sesuatu yang diturut manusia untuk mempertahankan kelangsungan hidupnya melalui pencapaian kesejahteraan yang semula jadi. Keperluan juga merupakan suatu keadaan perasaan kekurangan terhadap pemuas dasar tertentu. Keperluan ini tidak diciptakan oleh masyarakat atau pemasar tetapi sudah sebati lam jaringan biologi dan keadaan diri manusia.
Keperluan dapat dibezakan berdasarkan tingkat kepentingan, waktu, sifat, dan subjeknya. Pemenuhan keperluan dapat berupa sebarang benda yang wujud ketara mahupun tidak termasuk barang atau jasa khidmat. Setiap manusia memiliki keperluan yang berbeda-beda dan dipengaruhi oleh keadaan alam, agama, adat, dan peradaban. Sifat keperluan tidak terbatas malah selalu berubah mengikut keadaan.