Kenderi

Kenderi (Jawi: کندري), keneri (Jawi: کنري‎) atau hun (Jawi: هون‎, Bahasa Cina: pinyin: fēnYale Kantonis: fàn; bahasa Inggeris: candareen atau hoon) adalah ukuran timbangan berat yang wujud di Asia Timur dan Tenggara. Ia sama dengan dan​110 ci serta kira-kira 378 miligram. Troy candareen adalah kira-kira 374 miligram (5.77 gr).

Unit timbangan ini dinamakan sempena buah saga kenderi (Adenanthera pavonina) yang digunakan untuk menimbang emas atas dacing kerana bentuk dan rupa setiap butir biji ini yang lebih kurang sama.