Ken Griffey Jr.

Ken Griffey Jr.
Griffey bersama Seattle Mariners pada 2009
Center fielder
Dilahirkan: (1969-11-21) 21 November 1969
Donora, Pennsylvania, A.S.
Pukulan: Kiri Balingan: Kiri
MLB debut
3 April, 1989, untuk Seattle Mariners
Penampilan MLB terakhir
31 Mei, 2010, untuk Seattle Mariners
Statistik MLB
Purata pukulan.284
Pukulan2,781
Home run630
RBI1,836
Pasukan
Kerjaya cemerlang dan anugerah
  • 13× All-Star (1990–2000, 2004, 2007)
  • MVP AL (1997)
  • 10× Anugerah Sarung Tangan Emas (1990–1999)
  • 7× Silver Slugger Award (1991, 1993, 1994, 1996–1999)
  • Pemain Comeback Terbaik NL (2005)
  • 4× Pemukul home run terbanyak AL (1994, 1997–1999)
  • RBI terbanyak AL (1997)
  • Seattle Mariners No. 24 bersara
  • Dewan Kemasyhuran Seattle Mariners
  • Dewan Kemasyhuran Cincinnati Reds
  • Major League Baseball All-Century Team
Ahli National
Baseball Hall of Fame
Pelantikan2016
Undian99.3% (undian pertama)

George Kenneth Griffey Jr. (lahir 21 November 1969), digelar "Junior" dan "the Kid", ialah bekas pemain besbol profesional Amerika yang beraksi sebagai outfielder dan bermain selama 22 tahun di Major League Baseball (MLB). Beliau telah menghabiskan kebanyakan kariernya di Seattle Mariners dan Cincinnati Reds di samping memiliki tempoh seketika bersama pasukan Chicago White Sox. Sebagai anggota Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan dan pemain All-Star sebanyak 13 kali, Griffey merupakan salah seorang pemukul home run prolifik dalam sejarah besbol; 630 pukulan home run beliau telah diletakkan sebagai kedudukan ketujuh pukulan home run terbanyak dalam sejarah MLB. Griffey juga seorang pemain bertahan yang baik dengan meraih sepuluh Anugerah Sarung Tangan Emas di posisi center field. Beliau menyamai rekod pukulan home run dalam lapan perlawanan berturut-turut bersama pemain Don Mattingly dan Dale Long.

Griffey telah menandatangani perjanjian menguntungkan bersama syarikat terkemuka antarabangsa seperti Nike dan Nintendo. Populariti beliau melonjak baik di MLB dan dikreditkan oleh sesetengah pihak untuk memulihkan imejnya selepas mogok pemain 1994. Griffey merupakan antara 31 orang pemain dalam sejarah besbol yang beraksi di perlawanan MLB pada empat dekad kalendar berbeza.

Berikutan kariernya, Griffey kemudian menyertai pentadbiran Mariners dengan berperanan sebagai konsultan khas. Beliau telah disenaraikan ke dalam Dewan Kemasyhuran Mariners dan Balai Kemasyhuran Reds. Pada tahun 2016, beliau telah diundi ke dalam Dewan Kemasyhuran Besbol Kebangsaan dengan menerima 99.32% daripada undian sekali gus memecah rekod pitcher Tom Seaver yang meraih 98.84% undian dan ia sebagai rekod yang bertahan selama 24 tahun.

Griffey merupakan anak kepada bekas pemain MLB, Ken Griffey Sr. dan bapa kepada bekas pemain bola sepak Amerika, Trey Griffey.