Kempas (pokok)

Kempas
Sebatang pokok kempas di Taman Botani,
Kuala Lumpur
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Plantae
Klad: Trakeofit
Klad: Eudikot
Klad: Rosid
Order: Fabales
Keluarga: Fabaceae
Genus: Koompassia
Spesies:
K. malaccensis
Nama binomial
Koompassia malaccensis
Maingay
Sinonim
  • Koompassia beccariana Taub.

Kempas ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Fabaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia, Borneo, dan Sumatera. Nama botaninya Koompassia malaccensis. Kempas merupakan pokok hutan hujan tropika yang mampu tumbuh sehingga ketinggian 60 meter.

Kayu kempas amat keras dan berat, tetapi tidak tahan lama. Bagaimanapun, selepas dirawat dengan bahan-bahan kimia, kayu ini amat sesuai untuk dijadikan bahan lantai dan ranjang landas.