Pergerakan kedaulatan Quebec

Pergerakan kedaulatan Quebec (Perancis: Mouvement souverainiste du Québec) atau disebut juga sebagai Pergerakan Separatis Quebec (Mouvement Séparatiste Québécois) ialah satu gerakan politik serta ideologi nilai, konsep dan idea-idea yang menyokong kemerdekaan bagi wilayah Quebec tanpa harus menyertai Kanada sebagai bahagian daripada persekutuan. Penyokong gerakan ini mempunyai pertimbangan bahawa Quebec dan wilayah Kanada lain mempunyai banyak perbezaan (terutama bahasa, sebab majoriti rakyat Quebec bertutur dalam bahasa Perancis) dan Quebec akan bertambah makmur apabila berdiri sendiri menjadi sebuah negara yang merdeka.