Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan
Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (nama singkatan: MPRT dari nama bahasa Inggeris Ministry of Primary Resources and Tourism) merupakan sebuah badan kementerian dalam kerajaan Brunei yang bertanggungjawab dalam pembangunan yang berkaitan dengan sumber-sumber utama, iaitu pertanian, perikanan dan perhutanan, serta dalam sektor pelancongan di Brunei. Ketua bagi kementerian ini ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan pada masa ini dipegang oleh Ali bin Apong.