Kementerian Pertahanan Kesatuan Soviet

Kementerian Pertahanan Kesatuan Soviet (Minoboron; Rusia: Министерство обороны СССР) ialah sebuah kementerian kerajaan dalam Soviet Union. Menteri Pertahanan pertama adalah Nikolai Bulganin, bermula tahun 1953. Kementerian Pertahanan ini telah dibubarkan pada 16 Mac 1992. Satu perjanjian bagi menubuhkan pusat pemerintahan tentera CIS bersama telah ditandatangani pada 20 Mac 1992, tetapi idea itu dibuang kerana negara-negara pasca-Soviet dengan cepat membina tentera sendiri yang berasingan.